Rakyat Melaka terkejut dan kecewa senario politik negeri

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

BUKIT KATIL 5 Okt. – Rakyat Melaka rata-ratanya menzahirkan rasa kecewa dan terkejut terhadap kemelut politik yang melanda terutama pada ketika Melaka baharu sahaja beralih Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Jumaat lalu.

Bagi pesara tentera Ahmad Md Hassan, 56, dia sebagai rakyat baru hendak menarik nafas lega tatkala peralihan fasa namun dirinya dikejutkan dengan konflik politik.

Katanya, dia menyifatkan gelombang politik yang berlaku di negeri ini disebabkan oleh perebutan kuasa tanpa memikirkan kesusahan dialami rakyat.

“Rakyat pada saat begini mengharapkan ekonomi dipulihkan terlebih dahulu dan sepatutnya segala tidak puas hati oleh setiap wakil rakyat disuarakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Sebagai orang Melaka saya kecewa, sepatutnya sabarlah dan tunggulah dulu kerana dalam keadaan sekarang memang tidak sesuai hendak buat PRU atau Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Mereka (wakil rakyat) sepatutnya mengutamakan kepada kebajikan rakyat namun kini mereka lebih mementingkan politik, dan tak sesuai diadakan PRN selepas mengambil kira apa yang berlaku di Sabah,” katanya ketika ditemui di Bukit Katil di sini, hari ini.

Muhammad Nafie.

Sementara itu, pelajar institut pengajian tinggi awam (IPT) di ibu kota, Muhammad Nafie Wahid,22, berkata, keadaan politk yang melanda di negeri ini, semalam mengejutkan dirinya kerana dia sebagai rakyat mengharapkan kerajaan negeri mengumumkan perkhabaran gembira terutama membabitkan kebajikan rakyat.

“Sepatutnya wakil rakyat bersatu-padu memulihkan ekonomi negeri namun apa yang berlaku sebaliknya dan jika berlaku PRN pada waktu kes COVID-19 belum reda, ia pastinya mengancam keselamatan rakyar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

600
Kongsi :
Previous post Seri Bendahara jadi tumpuan
Next post Pembangkang menyambut baik….
Ubah saiz-+=