
Remaja cabul murid darjah 5 ditahan
AYER KEROH 2 Disember – Seorang remaja lelaki ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual ke atas murid perempuan darjah 5 di Taman Krubong Jaya, 28 November lalu.
Ketua Polis Melaka Datuk Wira Zainol Samah berkata, tangkapan itu dilakukan susulan ibu mangsa berusia 35 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak keesokan harinya.
Beliau berkata, berdasarkan laporan, mangsa bersama sepupunya berusia 7 tahun sedang perjalanan pulang ke rumah dari sebuah kedai runcit di perumahan berkenaan sekitar jam 7.40 malam.
Katanya, ketika melalui sebuah lorong di taman itu, kedua-dua mereka telah ditolak daripada basikal oleh seorang lelaki tidak dikenali yang memakai helmet berwarna kuning.
“Selepas terjatuh daripada basikal, mangsa mendakwa suspek cuba mencium dan menarik kaki mangsa serta meraba kemaluannya.
“Mangsa bagaimanapun sempat menendang lelaki tersebut dan melarikan diri sebelum memaklumkan kepada ibunya,” katanya.
Zainol berkata, suspek telah ditahan oleh orang awam pada 29 November di taman perumahan berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.
Suspek direman selama enam hari bermula 30 November dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TEMPOH PERCUBAAN ‘GO STRAIGHT’ DI PERSIMPANGAN HICOM PEGOH, JALAN TUN ABDUL RAZAK
AYER KEROH 4 Jun - Tempoh percubaan bagi inisiatif 'Go Straight' dilaksanakan diPersimpangan Hicom-Pegoh dan Jalan Tun Abdul Razak -...
UJIAN MOHD HAFIZ DAPAT PERHATIAN KERAJAAN NEGERI
BANDA HILIR 4 Jun - Kunjungan Ziarah Kasih sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda...
WRUR BANDA HILIR: CHAU YEN KOMITED SELESAI 80 PERATUS ADUAN RAKYAT
BANDA HILIR 4 Jun - Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keseluruhan aduan rakyat yang diterima dijangka dapat diselesaikan sepanjang pelaksaan program...
WRUR BANDA HILIR: CHAU YEN TERUSKAN MISI DEKATI GOLONGAN MEMERLUKAN
BANDA HILIR 4 Jun - Usaha mendekati golongan memerlukan menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Hilir Leng Chau...
AIDILADHA AJAR MUALAF ERTI PENGORBANAN, BERKONGSI REZEKI
KESIDANG 4 Jun – Penglibatan dalam Projek Sunduk Korban bukan sekadar memberi peluang kepada seorang mualaf untuk berbakti kepada masyarakat,...
JKM SINGGAH DI LEBIH 1,400 KEDIAMAN SEPANJANG WRUR
BANDA HILIR 3 Jun - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyantuni penghuni dalam kalangan golongan kurang berkemampuan di 1,450 rumah seluruh...
