Tak pernah jemu ke Pantai Puteri

Masa Membaca:58 Saat

Oleh: Muhammad Rasul Azli Samad

PANTAI KUNDOR 2 Disember – Lokasinya yang berhampiran Bandaraya Melaka menjadikan Pantai Puteri sebagai antara destinasi wajib singgah menarik untuk dilawati oleh pengunjung khususnya yang datang dari luar negeri ini.

Kemudahan dan landskap Pantai Puteri di Tanjung Kling dalam daerah Melaka Tengah sentiasa dinaik taraf sebagai persediaan menerima pelawat tempatan dan antarabangsa pada Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) nanti.

Pada asalnya Pantai Puteri adalah sebuah perkampungan nelayan aktif dengan aktiviti perikanan.

Kampung Pantai Jaring, Kampung Pantai Rombang dan Kampung Pantai Kundur adalah nama-nama asal Pantai Puteri sebelum diwartakan sebagai destinasi pelancongan dalam Negeri Melaka.

Img 20231202 Wa0006
PESISIR pantai yang bersih. Foto MR AZLI

Selain panorama pantai yang cantik dan indah menghadap Selat Melaka sepanjang 2.5 kilometer, ada beberapa tarikan lain disediakan untuk kemudahan pengunjung yang singgah.

Jika mahu menjamu selera pengunjung boleh singgah ke gerai menyediakan pelbagai menu menarik seperti cendol gula melaka dan asam pedas claypot.

Persisiran pantai yang bersih amat sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.

Malah, pantai berkenaan juga menjadi lokasi terkenal dalam kalangan kaki pancing.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

14032
Kongsi :
Previous post Remaja cabul murid darjah 5 ditahan
Next post Lahirkan pewaris legasi batik Malaysia
Ubah saiz-+=