
RM125,000 lesap ditipu Nor Azman
ALOR GAJAH 18 Oktober – Seorang jururawat kerugian RM125,000 selepas diperdaya ‘teman lelaki’ yang dikenali menerusi aplikasi TikTok.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa berusia 30-an yang juga ibu tunggal berkenalan dengan suspek memperkenalkan diri sebagai Nor Azman pada 29 September lalu.

Arshad berkata, selepas berkenalan mereka kerap berhubung melalui telefon dan mangsa kemudian dijanjikan akan diberi hadiah kejutan sebagai tanda persahabatan.
“Pada 8 Oktober lalu mangsa menerima panggilan daripada pihak kurier mengatakan terdapat bungkusan yang dikirim oleh kenalannya bernama Nor Azman.
“Bagaimanapun, mangsa diminta untuk membuat pelbagai bayaran bagi melepaskan barangan itu termasuk upah guaman, duti setem dan cagaran,” katanya.
Menurutnya, bagi menjelaskan bayaran itu mangsa turut membuat pinjaman peribadi daripada bank.
“Bermula dari 8 hingga 15 Oktober lalu mangsa telah membuat 12 transaksi berjumlah RM125,000 ke empat akaun berbeza.
“Walaupun bayaran sudah dibuat, mangsa tidak menerima bungkusan yang dijanjikan malah turut diminta membuat bayaran tambahan,” katanya.
Beliau berkata, menyedari dirinya ditipu mangsa kemudian tampil membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 September - Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus...
ASNAF MUALAF DIUJI, MAIM TERUS DEKATI
PANTAI KUNDOR 17 September - "Ada masanya kalau sakit orang akan lari atau menjauhkan diri, tetapi Balai Islam Majlis Agama...
IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURU KEJAYAAN DI BALAPAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Atlet olahraga para Melaka Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, atau lebih popular dengan panggilan 'Balau'...
BERBALOI BERATUR PANJANG BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap pengisian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
WRUR TANJUNG BIDARA: INISIATIF TURUN PADANG ERAT HUBUNGAN RAKYAT DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan menghargai komitmen Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang turun padang bagi...
MENARA TAMING SARI JADI HAB PROGRAM BUDAYA, WARISAN
BANDA HILIR 17 September - Menara Taming Sari bukan sekadar ikon pelancongan Melaka, malah berpotensi diperluaskan fungsinya sebagai lokasi penganjuran...
