
RMK13: SUNGAI BARU MELAKA ANTARA 103 PROJEK RTB DIUMUMKAN
AYER KEROH 31 Julai – Sungai Baru Melaka dipilih antara projek yang akan dibangunkan Rancangan Tebatan Banjir menerusi peruntukan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, secara keseluruhan kerajaan memperuntukkan RM20 bilion bagi melaksana 103 projek RTB di seluruh negara.
“Ia membabitkan RTB Sungai Langat dan Sungai Buloh; Sungai Golok; Sungai Gemenceh; Sungai Baru Melaka; lembangan Sungai Johor dan Muar serta lain-lain lagi.
“Ini merupakan sebahagian usaha untuk mengurangkan risiko dan impak banjir di seluruh negara,” katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat, hari ini.
Tambah Perdana Menteri, selain RTB, kerajaan turut memperluaskan lebih banyak usaha dan pelan mengatasi banjir dalam rancangan struktur negeri, termasuklah membangunkan projek amaran awal banjir berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ PERKEMAS GERAK KERJA 2026 DEMI PERKHIDMATAN TERBAIK UNTUK WARGA JASIN
JASIN 4 Februari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melaksanakan Bengkel Perancangan Sasaran Kerja Utama (SKU) 2026 bagi merangka hala tuju...
MAIM JELAJAH 28 DUN SALUR BANTUAN RAMADAN, SYAWAL
TELOK MAS 3 Februari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menjelajah ke kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam...
IFTAR MEGA ‘ALA DULU-DULU’, KACAU DODOL WARNAI PELANCONGAN MELAKA SEMPENA RAMADAN
TELOK MAS 3 Februari - Sektor pelancongan Melaka akan terus hidup sepanjang Ramadan menerusi pelbagai penganjuran program berkonsep kerohanian, budaya...
KEBAKARAN TERBUKA DI MELAKA MELONJAK LIMA KALI GANDA
BUKIT KATIL 3 Februari – Kes kebakaran terbuka di Melaka mencatat lonjakan hampir lima kali ganda dengan 285 kes direkodkan...
476 KELUARGA ASNAF TELOK MAS TERIMA SUMBANGAN RAMADAN, SYAWAL
TELOK MAS 3 Februari - Seramai 476 keluarga asnaf fakir dan miskin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas menerima...
PEKERJA KILANG MAUT SELEPAS HANTAR ISTERI KE TEMPAT KERJA
DUYONG 3 Februari – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang mengubah laluan secara mengejut di...
