
Roslan selesai buang undi bersama keluarga
MERLIMAU 19 November – Cuaca mendung serta hujan renyai tidak menghalang Calon Barisan Nasional (BN) P139 Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad membawa keluarga membuang undi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau 1, hari ini.
Beliau bersama isteri Datin Zalifah Omar serta tiga anaknya tiba di pusat mengundi kira-kira jam 9.30 pagi dan selesai membuang undi pada jam 10 pagi.
Roslan mengenakan pakaian sedondon berwarna biru bersama isteri yang berbaju kurung biru songket.

Kehadiran Roslan disambut baik pengundi-pengundi di kawasan itu, biarpun hujan renyai beliau tidak melepaskan peluang bergambar serta beramah-mesra bersama pengundi.
Beliau dan isteri mengambil masa kira-kira lima minit untuk membuang undi di saluran tiga sebelum beredar.
Roslan juga difahamkan akan melakukan rondaan di sekitar pusat mengundi bagi Parlimen Jasin.
Untuk rekod Parlimen Jasin bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru pada membabitkan calon BN, Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAKTI TOKOH MAAL HIJRAH WAJAR JADI SURI TELADAN – AB RAUF
TELOK MAS 16 Jun – Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM68,000 bagi menghargai dan mengiktiraf 13 Tokoh Maal Hijrah atas jasa...
RM6.87 JUTA NAIK TARAF 134 INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI MELAKA
TELOK MAS 16 Jun – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM6.87 juta bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan penambahbaikan kemudahan...
WRUR TELOK MAS: NELAYAN HARGAI KEPRIHATINAN TOK AJAK
TELOK MAS 16 Jun – Kehidupan sebagai nelayan yang bergantung kepada hasil laut dan cuaca tidak menentu menjadikan setiap bentuk...
WRUR TELOK MAS: 4 TOKONG TERIMA BANTUAN UTILITI SEJAK 2021
TELOK MAS 16 Jun – Empat tokong dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas menerima bantuan pembayaran utiliti sejak tahun...
TIADA LAGI ‘DONUT’, ‘LINE SIPUT’ DI TAMAN SERI JERAM
TANJUNG BIDARA 16 Jun - Pembinaan sebuah menara telekomunikasi di Taman Seri Jeram, Masjid Tanah menjadikan kawasan itu dan sekitarnya...
80 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU DIBINA SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
TANJUNG BIDARA 16 Jun - Komitmen Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk mendigitalkan Melaka diterjemahkan menerusi pembinaan...
