Sorting by

×

RUMAH NGAJI AS-SOLIHIN NADI PEMBANGUNAN UMMAH

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

MACHAP JAYA 31 Mei – Surau As-Solihin di Taman Kejora Kuala Sungga terus mengukuhkan peranannya sebagai pusat pembangunan ummah dan kebajikan masyarakat di Kuala Sungga apabila konsisten menjadi lokasi Rumah Ngaji setiap minggu.

Setiausaha Rumah Ngaji Rohani Abdul Ghani, 65, berkata kewujudan Rumah Ngaji itu bukan sekadar tempat belajar al-Quran namun ia turut menjadi medan menjalankan aktiviti keagamaan serta medium penyatuan komuniti setempat melalui pengisian ilmu dan aktiviti kemasyarakatan.

Katanya, jadual mingguan yang padat merangkumi kelas al-Quran, Fardu Ain melibatkan Fiqah dan Tauhid, selain kelas bimbingan bersama tenaga pengajar daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menjadikan Rumah Ngaji itu terus diterima komuniti setempat.

“Setiap minggu kita manfaatkan lima hari dengan pengisian ilmu, manakala hujung minggu pula kita turun padang memenuhi jemputan di masjid dan surau sekitar.

“Apa yang penting, Rumah Ngaji ini bukan sekadar tempat belajar, tetapi menjadi pusat rujukan masyarakat Kuala Sungga dalam hal-hal berkaitan agama,” katanya kepada Melaka Hari Ini

Tambahnya, penubuhan Rumah Ngaji itu bermula secara kecil-kecilan sekitar 2016 sebelum berkembang secara konsisten hasil usaha sokongan komuniti setempat.

“Peranan aktif Rumah Ngaji turut diiktiraf apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan KEMAS Gemilang peringkat negeri pada 2024 sebelum muncul johan pada 2025.

“Komitmen berterusan ini membuktikan Rumah Ngaji kini menjadi antara institusi penting dalam memperkasa kesejahteraan rohani dan sosial masyarakat di Kuala Sungga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

309
Kongsi :
Previous post MELAKA IKTIRAF PERANAN MEDIA SEBAGAI SUARA RAKYAT, NEGERI