Sambutan Bulan Kebangsaan DUN Asahan meriah

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

ASAHAN 20 Ogos – Lebih 600 warga (DUN) Asahan memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan yang diadakan di Dewan Hang Kasturi, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya, Fairul Nizam Roslan berkata sambutan di peringkat DUN  itu meriah sejak jam 8 pagi.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara pada sambutan kali ini.

“Acara utama pada sambutan kali ini apabila 160 warga DUN Asahan menyertai konvoi kemerdekaan di mana kita menaiki motosikal dan menyelusuri semua kampung dalam DUN ini.

“Pada hari ini juga kita turut memberi penghargaan kepada 40 pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia.

“Sambutan kali ini amat positif dan memberangsangkan apabila seawal jam 8 pagi orang ramai dah mula memenuhi dewan ini untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Sambutan Bulan Kebangsaan DUN Asahan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata pihaknya turut mengadakan pertandingan mewarna melibatkan ibu bapa dan murid-murid tadika sekitar DUN terbabit.

“Penglibatan masyarakat DUN Asahan pada tahun ini juga meningkat dan kita harap semua warga DUN Asahan dapat mengibarkan Jalur Gemilang di hadapan rumah mereka sebagai tanda tibanya Bulan Kemerdekaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

794
Kongsi :
Previous post Anggota bomba maut motosikal dirempuh kereta
Next post Trek joging baharu di Semabok Perdana
Ubah saiz-+=