Trek joging baharu di Semabok Perdana
DUYONG 20 Ogos – Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong bakal mendapat kemudahan baharu bagi aktiviti riadah apabila trek joging sepanjang 680 meter akan dibina di Semabok Perdana.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, kemudahan trek joging itu dibina dengan kos RM500,000 termasuk membaik pulih kolam tadahan air di kawasan itu.
“Peruntukan ini diberikan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) manakala Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka pula akan membantu menaik taraf kawasan ini.
“Apabila siap nanti ‘remote control’ (RC) bot dan trak juga akan dipindahkan ke kawasan ini untuk menarik lebih ramai pengunjung.
“Kita jangka trek dan kerja menaik taraf kolam tadahan ini siap pada bulan November ini, ini adalah trek joging kedua di DUN Duyong selepas Bukit Serindit,” katanya.
Katanya, para peniaga juga diberikan peluang untuk berniaga di kawasan itu setelah ianya siap dibina.
“Ini juga salah satu inisiatif kita untuk membantu peniaga kecil menjana pendapatan.
“Tetapi kita hanya benarkan peniaga kecil yang menggunakan khemah bagi memberi peluang kepada lebih ramai peniaga masuk ke kawasan ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
JARINGAN JALAN BAHARU PERSIARAN KOTA SYAHBANDAR – KLEBANG
KOTA LAKSAMANA 5 Disember - Parkland Group bakal melaksanakan pembinaan jaringan jalan baharu menghubungkan Jalan Persiaran Kota Syahbandar ke Klebang....
PASAR RAYA MENGHADAP LAUT, BAKAL JADI TARIKAN BAHARU MELAKA
KOTA LAKSAMANA 5 Disember - Rakyat Melaka bakal mempunyai lokasi baharu untuk bersantai dengan pembinaan sebuah pusat beli-belah menawarkan pemandangan menghadap...
PEMBANGUNAN HARTANAH TARIK MINAT PELABUR KE MELAKA
KOTA LAKSAMANA 5 Disember - Kerajaan Negeri menyambut baik usaha dan komitmen Parkland Group dalam bidang pembangunan unit kediaman serta...
HARI INOVASI MELAKA 2025 SASAR 500 PENYERTAAN
AYER KEROH 5 Disember - Penganjuran Hari Inovasi Negeri Melaka 2025 akan diteruskan pada skala yang lebih besar dengan menyasarkan...
MUZIUM BOMBA AKAN DIBINA DI MELAKA
REMBIA 5 Disember - Kerajaan Melaka berhasrat untuk membina Muzium Bomba sebagai rujukan buat masyarakat terutamanya generasi muda mengenai peranan...
60 PEMPENGARUH ASIA PROMOSI PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 5 Disember - Seramai 60 pempengaruh dari sembilan buah negara Asia memilih Melaka sebagai destinasi untuk mempromosikan sektor...