Sampai masuk mimpi pergi mengundi

Masa Membaca:59 Saat

MERLIMAU 19 November – “Punya lah ‘nervous’ (gementar) sebab nak mengundi untuk kali pertama, sampai termasuk dalam mimpi nak mengundi hari ini”.

Itu luahan Nur Syazana Samsudin,21, yang ditemani dua kakaknya untuk membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau 1 di sini hari ini.

Pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu berkata, perasan berdebar-debar itu muncul sejak semalam kerana dia tidak tahu bagaimana proses untuk mengundi kali pertama.

“Kami keluar rumah seawal jam 8 pagi, ini pertama kali saya mengundi…perasaan tu agak gementar tetapi bila sampai sini petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ajar bagaimana prosesnya.

“Alhamdulillah saya ditemani dua kakak yang juga mengundi iaitu Nur Syazwani, 25 dan Nur Syamimi, 30.

“Sebagai pelajar IPTA, saya nasihatkan kawan-kawan cepatlah pergi mengundi kerana prosesnya sangat mudah dan cepat,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di SK Merlimau 1, hari ini.

Sementara itu, Nur Syamimi turut menasihatkan anak-anak muda di luar untuk terus mengambil tahu perkembangan semasa negara.

“Saya sudah kali ketiga mengundi, sebelum ini berdua tetapi kali ini bertiga, saya nasihatkan generasi muda gunakan platform media sosial yang betul untuk mengetahui perkembangan semasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1609
Kongsi :
Previous post Proses pengundian individu positif COVID-19 lancar – Khairy
Next post Remaja masyarakat Orang Asli berdebar nak mengundi
Ubah saiz-+=