Sebak anak perempuan dan cucu pergi sekelip mata

Masa Membaca:1 Minit, 58 Saat

ALOR GAJAH 13 November – Luluh hati seorang ibu selepas menerima khabar duka anak dan cucu meninggal dunia serentak dalam kemalangan di simpang tiga Jalan Kolam, Machap Baru di sini pagi tadi.

Natipah Osman, 56 berkata dia menerima berita kemalangan yang menimpa Allahyarhamah Syazana Tharin, 30 daripada menantunya, Muhammad Izwan Ibrahim, 30 kira-kira jam 8.30 pagi.

Katanya, riak wajah mahupun kelakuan Syazana tidak menunjukkan sebarang tanda atau perubahan kerana dia melihat anak perempuannya setiap hari ketika menghantar dua cucu lelakinya untuk dia menjaganya.

“Mula-mula tidak tahu lagi (berita pemergian Syazana), dah sampai hospital baru tahu,” katanya sebak.

4BE5675D-34D1-464C-8B99-91F2DD369C4F
Fairul Nizam mengucapkan takziah kepada anak Allahyarham Ibrahim yang maut dalam kemalangan di simpang tiga Jalan Kolam, Machap Baru

Mengulas lanjut, dia berkata anak keempat dari lima beradik itu ada memaklumkan kepadanya mengenai percutian ke Langkawi malam tadi ketika mengambil dua cucunya.

“Dia tolong ayah mertuanya berniaga jadi makcik yang jaga anak-anaknya, jadi selepas habis berniaga dia datang ambil di rumah saya di Kampung Pondok Batang.

“Hari-hari makcik jumpa dia tetapi dia tidak ada tanda-tanda atau kelakuan pelik ditunjukkan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Alor Gajah, di sinu hari ini.

4BE5675D-34D1-464C-8B99-91F2DD369C4F
Fairul Nizam mengucapkan takziah kepada anak Allahyarham Ibrahim yang maut dalam kemalangan di simpang tiga Jalan Kolam, Machap Baru

Syazana bersama bapa mertuanya, Ibrahim Daud, 71 maut dan ibu mertuanya, Latipah Dorahim, 66 dan anak sulungnya, Yusuff Daniel Muhammad Izwan, 5 maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaniki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) dalam kejadian pada jam 7.45 pagi tadi.

Seorang lagi anak lelaki Syazana, Aniq Fahim,2 parah dan masih dirawat di Hospital Melaka manakala suaminya, Muhammad Izwan tidak cedera.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Fairul Nizam Roslan hadir di hospital berkenaan bagi mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Syazana dan Allahyarham Ibrahim Daud yang turut terkorban dalam nahas itu.

Fairul Nizam berkata, urusan pengebumian termasuk pengangkutan dan proses mengkafankan akan diuruskan pihaknya.

“Bukan sekali dua saya melaksanakan perkara itu sejak saya jadi wakil rakyat lagi jadi mana-mana keluarga yang ahli keluarganya meninggal dunia di Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin memerlukan bantuan dari segi urusan pengebumian, saya akan uruskan dan hulur bantuan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5753
Kongsi :
Previous post Perkenal produk jenama Tangga Batu di persada dunia – Ban Hong
Next post Segerakan bina balai bomba baharu di Asahan jika menang – Shahril
Ubah saiz-+=