Segera siapkan jalan utama ke SJKC Pay Chee

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

GADEK 4 Februari – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, VP Shanmugam meminta kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan jalan keluar masuk ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pay Chee dengan segera.

Shanmugam berkata ia susulan beliau telah menerima aduan dari pihak sekolah terbabit.

Jelasnya, beliau telah memanggil kedua-dua belah pihak melibatkan kontraktor dan guru sekolah terbabit untuk berbincang dan mencapai kata sepakat.

“Saya telah memanggil pihak kontraktor dan guru sekolah untuk berbincang menyelesaikan segera aduan bagi kemudahan ibu bapa mengambil pelajar sekolah.

“Kira-kira 200 meter jalan utama keluar masuk ke sekolah yang digunakan kenderaan berat untuk menyiapkan projek pembinaan berhampiran sekolah itu telah rosak.

“Bagaimanapun, alasan yang diberikan kontraktor terbabit tidak munasabah dan saya telah memberikan tempoh hingga seminggu (minggu depan) untuk disiapkan termasuk ditar,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambahnya, Shanmugam berkata beliau turut meminta pihak berkenaan untuk turun memantau projek yang telah lama itu untuk disegerakan.

“Saya menerima alasan pihak kontraktor tidak dapat menyiapkan jalan terbabit ekoran pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) lambat menyediakan ‘lane of cable’ jadi pihak mereka perlu menunggu menyiapkan jalan tersebut.

“Alasan tersebut tidak sepatutnya timbul dan bagi keselamatan dan keselesaan para guru, pelajar dan ibu bapa jalan itu perlu disiapkan tanpa sebarang isu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2625
Kongsi :
Previous post Peniaga diminta henti manipulasi Menu Rahmah – KPDN
Next post Belia perlu bergerak ke hadapan, kenang sejarah terdahulu – Ab Rauf
Ubah saiz-+=