Belia perlu bergerak ke hadapan, kenang sejarah terdahulu – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

MASJID TANAH 4 Februari – Belia perlu bergerak melangkah ke hadapan seiring bersama kerajaan bagi membangunkan negeri ini.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sumbangan belia amat penting bagi memastikan hasrat kerajaan negeri dalam membina semula Melaka sebagai empayar tersohor seperti dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu.

Lantaran itu katanya, golongan ini perlu lebih mengenang kembali sejarah demi melestarikan pembangunan sejagat pada masa akan datang.

“Saya komited akan memastikan Kerajaan Negeri hari ini akan lebih menumpukan pembangunan yang dirancang membawa pulangan kepada belia khususnya dalam menawarkan peluang-peluang pekerjaan (daripada) hasil pelaburan yang masuk di negeri ini.

“Seperti contoh, perjuangan membuka hab koridor perindustrian di Masjid Tanah akan menjadi tumpuan utama saya untuk pastikan pembangunan ini mampu membawa pulangan kepada anak anak khususnya belia di negeri ini.

“Jadi saya berharap dengan persatuan belia yang ada di Melaka perlu mengorak langkah seiring bersama kerajaan dan menzahirkan sokongan penuh demi memastikan negeri ini membangun seperti zaman dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya menyempurnakan Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan (MPAT) Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka Kali Ke 48 dan 49 Tahun 2021/2022 di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, di sini malam tadi.

Hadir sama, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka, Khairul Adri Rosli.

F044AE52-0E26-4F01-9833-998E154432D6
AB Rauf bersama penerima Anugerah Bintang Jasa Belia

Terdahulu, dalam mesyuarat yang diadakan kali ini turut mengadakan lantikan baharu termasuk pelantikan sebulat suara Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali sebagai Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka yang baharu yang sebelum ini disandang oleh Nizam Omar.

Dalam program itu juga, Ab Rauf turut menyampaikan Anugersh Bintang Jasa Belia kepada kira-kira 25 penerima sebagai acara penutupan mesyuarat terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1389
Kongsi :
Previous post Segera siapkan jalan utama ke SJKC Pay Chee
Next post Pulau Pinang negeri terbaharu dilanda banjir
Ubah saiz-+=