Sensasi anggur rasa laici Masjid Tanah

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

AYER LIMAU 4 Ogos – Melihat gugusan anggur yang lebat memberikan kepuasan kepada keluarga petani ini yang menghabiskan masa dua dekad untuk menjaga pokok berkenaan yang biasanya subur di negara iklim sejuk.

Bukan sahaja manis, baunya seakan buah beri, malah apabila digigit jus anggur ini seakan terasa seperti laici, sekali gus menambahkan lagi keunikan tumbuhan ini yang hidup subuh di kawasan tanah rendah di Ladang Amanda Puteri Garden, Ramuan China Besar, Masjid Tanah.

Petani muda, Muhammad Dzarul Hakim Dol Malek,28, berkata, sejak tular di media sosial ladang anggur mereka tidak putus menerima pelawat yang mahu melihat sendiri pokok berkenaan.

7
PERTANIAN berkonsepkan agropelancongan semakin popular dalam kalangan pelancong tempatan.

Malah ladang berkenaan seumpama lokasi OOTD apabila ramai yang datang tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan sambil memetik buah anggur segar.

Jelasnya, pokok berkenaan adalah hasil penyelidikan dilakukan oleh bapanya Dol Malek Md Sap, 58, kerana minat mendalam terhadap bidang pertanian.

Katanya, kejayaan itu menyuntik semangat mereka anak-beranak untuk menghasilkan varian baru anggur dengan rasa seperti nanas.

9
KUDRAT tiga beranak ini berjaya menghasilkan salah satu produk anggur di bumi Melaka.

Berkongsi kisahnya Dzarul Hakim berkata, dia menghabiskan sepenuh masanya di ladang itu selepas meninggalkan kerjaya sebagai akauntan akibat pandemik COVID-19.

“Tidak sangka, hilang rezeki dalam bidang profesional Allah ganti rezeki lebih mewah dengan mengusahakan tanaman anggur ini. Alhamdulillah rezeki kami tidak putus setakat ini.

“Kami menanam 200 pokok anggota yang sebahagian besar jenis ‘jupiter’ di tapak berkeluasan 0.81 hektar yang dilengkapi kemudahan enam rumah perlindungan hujan.

“Ini kali pertama ladang mula diusahakan sejak 2019 mengeluarkan hasil sulung. Insya-Allah ladang kami akan menjadi antara tarikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) bagi pelawat singgah ke Masjid Tanah,” katanya.

11
RUMAH perlindungan hujan menempatkan pokok anggur.

Menurutnya, selain pelawat kumpulan kecil, mereka turut menerima tempahan daripada rombongan pelancong dalam jumlah besar.

Bagi mempelbagaikan lagi tarikan dia dan keluarga turut mengusahakan 200 batang pokok tin menggunakan konsep organik tanpa sebarang racun perosak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

18057
Kongsi :
Previous post Laluan gelap, kerap kemalangan dinaik taraf
Next post Berkonvoi sampaikan mesej kemerdekaan
Ubah saiz-+=