
Seorang cedera, lapan terselamat dalam kemalangan lima kenderaan
PENGKALAN BATU 6 Dis – Seorang cedera manakala lapan lagi terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Sebukor, di sini, hari ini.
Kejadian kira-kira jam 1.25 petang itu membabitkan lima kenderaan iaitu dua buah PERODUA Alza, PROTON Wira dan PROTON Iswara serta sebuah lori.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.28 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh bersama 12 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan membabitkan lima buah kenderaan dan terdapat mangsa berada di dalam Proton Iswara.
“Anggota bomba kemudian membantu mengeluarkan mangsa dan pemeriksaan mendapati dia mengalami kecederaan di muka,” katanya.
Menurut beliau, pasukan bomba turut melakukan kerja pembersihan jalan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.13 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MeSRa SUKAN: MELAKA BINA ‘JUARA’ DARI AKAR UMBI
AYER KEROH 6 Oktober - Dari gelanggang komuniti hingga ke podium kejohanan antarabangsa, pembangunan sukan Melaka digerakkan melalui rangkaian program...
PEMBINAAN MICT PERLU IKUT SPESIFIKASI, STANDARD KESELAMATAN DITETAPKAN
BANDA HILIR 6 Oktober - Kerajaan Negeri mahu pembinaan setiap komponen Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) dilaksanakan mengikut spesifikasi...
PRN MELAKA: UMNO MELAKA MASIH TUNGGU SENARAI PENUH NAMA CALON
BANDA HILIR 6 Oktober - Barisan calon akan mewakili UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 tidak lama lagi...
MAIM PERJELAS ISU PENERIMA TULAR, BANTUAN SUDAH DISALUR SEJAK 2016
AYER KEROH 6 Oktober - Tular di media sosial berkaitan seorang wanita yang mendakwa tidak menerima bantuan daripada Majlis Agama...
MICT MAMPU TERIMA 800 KAPAL PERSIARAN, 1.6 JUTA PENUMPANG SETAHUN
BANDA HILIR 6 Oktober - Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) dijangka menjadi pintu masuk antarabangsa ke negeri ini menerusi...
PEMBINAAN MICT KEMBALI RANCAK, DIJANGKA SIAP HUJUNG 2027
BANDA HILIR 6 Oktober - Kemajuan projek pembinaan Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Melaka Gateway, Pulau Melaka, menunjukkan...

