Seorang maut, enam cedera van kilang terbabas ke dalam parit

Masa Membaca:59 Saat

SEREMBAN 25 Jun – Seorang pekerja kilang wanita maut manakala enam lagi cedera apabila van kilang yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit, di Kilometer 14 Jalan Labu Batu 8, dekat Seremban, pagi tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa S. Selvarani, 54, yang tersepit di tempat duduk belakang van berkenaan disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang berada di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.01 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba Seremban 2 dikejarkan ke lokasi kejadian.

KEADAAN van kilang yang terbabas menyebabkan seorang wanita maut manakala enam pekerja lain cedera. Foto ihsan JBPM Negeri Sembilan.

“Sebaik tiba, terdapat tujuh mangsa terdiri daripada lima wanita dan dua lelaki di dalam van berkenaan dan anggota bomba kemudian membantu mengeluarkan kesemua mangsa manakala mangsa yang tersepit disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa lain menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

772
Kongsi :
Previous post Bapa didakwa rogol anak kandung
Next post Mazlan Lazim dilantik Timbalan Ketua Polis Negara
Ubah saiz-+=