SERANGAN JANTUNG, SEBELUM LEMAS

Masa Membaca:58 Saat

ALOR GAJAH 19 November – Punca kematian lelaki warga emas yang ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan, di sini, kelmarin, disahkan akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, punca kematian Mokthar Othman, 61, itu diperoleh hasil daripada proses bedah siasat yang dijalankan, petang semalam.

“Proses bedah siasat kira-kira tiga jam itu dijalankan di Unit Forensik Hospital Alor Gajah dan kematian mangsa adalah akibat serangan jantung.

“Susulan itu, kes terbabit diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pengurus kilang dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan, ketika berhenti di Tandas Awam, Taman Reakreasi Sri Sutera, di sini, awal pagi Ahad.

Lelaki warga emas berusia 61 tahun itu disyaki lemas selepas pihak bomba menemui selipar miliknya di tebing sungai terbabit.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 5.39 pagi sebelum sebelum dua jentera bomba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah dan Ayer Keroh ke lokasi kejadian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

314
Kongsi :
Previous post WANITA MAUT, ANAK CEDERA PARAH DIREMPUH KERETA API
Next post MELAKA TUAN RUMAH SPEN 2024
Ubah saiz-+=