Si cilik cuba nasib mahu menang RM30,000

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 Februari – Peserta cilik Qays Fayyadh Hanif, 12, bersama adiknya, Qisya Iftiqar Rania, 10, kembali ke Pertandingan Memancing dan Memasak Ikan Air Tawar sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dengan impian untuk membawa pulang hadiah utama RM30,000.

Pada pertandingan edisi yang lalu kanak-kanak ini sekadar pulang dengan menunggang sebuah basikal hasil cabutan bertuah.

Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bertam Ulu ini berkata, dia bersama Qisya Ifitiqar kerap memgambil bahagian dalam pertandingan memancing hasil dorongan bapa mereka Hanif Amran, 41.

“Kali ini saya berdoa pada Allah mahu menang besar RM30,000 dan wang berkenaan akan bahagi sama rata dengan adik-beradik, ibu serta ayah.

“Basikal dimenangi tahun lalu saya gunakan untuk ke sekolah agama pada waktu petang, harap kali ini saya jadi juara,” katanya kepada Melaka Hari Ini.Ini.

Sementara itu, Hanif berkata aktiviti memancing adalah hobinya dan berapa amat gembiran kerana tiga anak turut berkongsi mintat yang sama.

“Selain melakukan perkara saya minat, ada juga faedahnya kerapa boleh bawa pulang lauk, kalau bertuah bawa pulang wang besar atau hadiah menarik.

“Sekurangnya-kurangnya seminggu sekali saya akan bawa anak-anak pergi memancing di pelbagai lokasi terutama kolam ikan air masin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1660
Kongsi :
Previous post 1,500 kaki pancing serbu Sungai Melaka
Next post Suri rumah lesap RM181,650 akibat ‘phone scam’
Ubah saiz-+=