Sorting by

×

1,500 kaki pancing serbu Sungai Melaka

Masa Membaca:57 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 Februari – Lebih 1,500 peserta hadir memeriahkan Pertandingan Memancing dan Memasak Ikan Air Tawar sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berlangung di Sungai Melaka Fasa 2, di sini, hari ini.

Pertandingan bermula jam 8.30 pagi itu dimulakan dengan gimik pelancaran disempurnakan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka Sa’ari Basiron dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Khairul Nizam Ibnu Masoda.

Tinjauan mendapati pertandingan berlangsung dalam suasana meriah membabitkan peserta cilik dan dewasa lelaki serta wanita.

Memeriahkan lagi suasana adalah pertandingan memasak dibahagikan kepada kategori ‘Modern Ethnic Cuisine’ dan ‘Traditional Ethnic Cuisine Melaka’.

Pertandingan memancing yang diadakan kali ini menawarkan hadiah utama sebanyak RM30,000 diikuti tempat kedua sebanyak RM7,000 dan Ketiga sebanyak RM3,000.

Sementara itu, bagi pertandingan memasak menawarkan RM1,000 buat pemenang utama disusuli RM500 bagi tempat kedua dan ketiga sebanyak 300.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dijadualkan akan hadir untuk menyempurnakan penutup pertandingan itu jam 12 tengah hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

440
Kongsi :
Previous post Lorong ‘U-Turn’ Lebuh AMJ Paya Rumput ditutup sementara
Next post Si cilik cuba nasib mahu menang RM30,000
Ubah saiz-+=