Sidang DUN: RM500,000 perluas wifi percuma di 20 ‘hotspot’

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 12 Disember – Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM500,000 bagi memperluaskan lagi liputan jaringan jalur lebar (wifi) percuma di 20 ‘hotspot’ pelancongan dan tumpuan awam di Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kemudahan jaringan jalur lebar itu melibatkan kawasan tumpuan di Menara Taming Sari, Dataran Klebang, ‘Leypark Station’ Ayer Keroh, Dataran Sungai Melaka, Zoo Melaka dan Masjid Selat.

Sulaiman berkata, perancangan itu turut membabitkan Dataran Keris Alor Gajah, Masjid Tanah Sentral, Merlimau Station dan Laman Belia Sungai Rambai yang dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2023.

“Kita juga mewajibkan semua pemaju perumahan menyediakan tapak telekomunikasi di kawasan projek masing-masing.

“Sebanyak tujuh kebenaran merancang telah diluluskan mengikut syarat dalam Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi iaitu satu di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), satu di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), tiga untuk Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) manakala dua lagi bagi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2023) 2022 pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di Dewan Persidangan DUN, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1524
Kongsi :
Previous post Siling Dataran Pahlawan runtuh, pekerja sempat selamatkan diri
Next post Sidang DUN: Tebang pokok berisiko tertakluk arahan PBT – Exco
Ubah saiz-+=