Sinar lebaran buat warga DUN Paya Rumput

Masa Membaca:58 Saat

PAYA RUMPUT 8 April – Seramai 150 golongan memerlukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menerima sumbangan bagi menceriakan perayaan Aidilfitri mereka tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin berkata, sumbangan berkenaan merupakan acara tahunan Japerun Paya Rumput dalam meringankan beban keluarga kurang mampu setiap kali musim perayaan.

Beliau yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, selain sumbangan tunai, setiap penerima juga diberikan bantuan kit makanan.

“Sumbangan ini merupakan acara yang dianjurkan pihak Japerun saban tahun memandangkan DUN Paya Rumput merupakan antara kawasan yang besar dalam Negeri Melaka dan mempunyai jumlah penduduk yang ramai.

“Walaupun penyampaian tahun ini sedikit lewat disebabkan kesihatan saya yang tidak mengizinkan, tetapi saya bersyukur kita dapat menyampaikannya pada penghujung Ramadan bagi membantu keluarga yang memerlukan.

“Saya harap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga-keluarga ini membuat persiapan menjelang lebaran yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput 2024M/1445H di Dewan MBMB Bunga Tanjung, Tanjung Minyak, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

42
Kongsi :
Previous post Tak sangka beli baju raya boleh menang BMW
Next post Belanja daging bantu golongan memerlukan
Ubah saiz-+=