Sorting by

×

SISTEM JALAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL BERMULA 5 OGOS

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

DURIAN TUNGGAL 25 Julai – Sistem laluan sehala di Pekan Durian Tunggal akan mula dilaksanakan pada 5 Ogos ini bermula jam 10 malam, sebagai usaha menyuraikan kesesakan lalu lintas di kawasan itu, khususnya pada waktu puncak.

Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Zahari Abd Kalil berkata, pelaksanaan sistem jalan sehala itu akan dilakukan secara percubaan selama dua minggu.

“Langkah ini dijangka dapat melancarkan pergerakan trafik, meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya serta mengurangkan tekanan penduduk setempat.

“Tempoh percubaan dua minggu ini akan digunakan untuk menguji beberapa solusi awal yang telah dikenal pasti, khususnya melibatkan laluan berhampiran kawasan kediaman penduduk,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp image 2025 07 24 at 17.24.31
PEMAKLUMAN pelaksanaan sistem laluan sehala di Pekan Durian Tunggal bermula 5 Ogos.

Zahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menempatkan petugas di lokasi terlibat bagi membantu kelancaran trafik serta memantau aliran kenderaan sepanjang tempoh tersebut.

“Dalam tempoh ini, pengguna perlu peka terhadap papan tanda, arah garisan serta arahan petugas bagi mengelakkan kekeliruan atau insiden yang tidak diingini.

“Saya mohon bantuan semua pihak untuk menyebarkan maklumat ini kepada keluarga, jiran dan rakan-rakan, khususnya mereka yang menggunakan laluan ini setiap hari.

“Kita akan terus memantau pelaksanaan ini agar ia benar-benar memberi manfaat kepada semua, insya-Allah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1528
Kongsi :
Previous post MTD PROPERTIES RANCANG PEMBANGUNAN LESTARI BERSKALA BESAR DI AYER KEROH
Next post PERZIM BAWA PAMERAN ‘PELABUHAN MELAKA’ KE KEDAH