
SJKC Malim ditutup dua hari
MALIM 11 Ogos – Sesi persekolahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim, di sini, yang terjejas akibat dilanda ribut sehingga mengakibatkan 28 muridnya mengalami kecederaan, ditutup dua hari.
Pengarah Pendidikan negeri Dr Mohd Azam Ahmad berkata, penutupan itu berkuatkuasa hari ini sehingga esok bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dijalankan ke atas struktur bangunan yang terjejas serta membolehkan kerja pembersihan.
Beliau berkata, kejadian itu membabitkan empat bilik darjah di tingkat tiga di Blok C terjejas teruk selepas bumbung diterbangkan angin.
“Semua murid tahun lima dan dua yang terkena serpihan siling itu mengalami kecederaan ringan serta menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Melaka dan klinik kesihatan berdekatan.
“Kejadian berlaku pada waktu rehat dan kesemua 830 murid berada didalam kelas sebelum dikejutkan dengan insiden itu,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya memuji tindakan pantas guru dan kakitangan sekolah yang cepat bertindak memindahkan murid ke dewan sekolah.
Views:
Related


Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
