SPR belum mohon jadikan sekolah pusat mengundi PRN Melaka – Radzi

Masa Membaca:57 Saat

AYER MOLEK 1 Nov – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) belum menerima permohonan daripada Suruhanjaya Plihan Raya (SPR) untuk menjadikan sekolah sebagai antara lokasi pusat mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata kementeriannya bersedia memberi apa sahaja bantuan termasuk dari segi keperluan logistik membabitkan pilihan raya itu.

Katanya, ia termasuk menjadikan sekolah sebagai lokasi pusat mengundi bagi PRN Melaka yang dijadualkan pada 20 Nov ini.

“Seperti mana sekolah biasanya digunakan sebagai pusat mengundi sebagaimana dijelaskan sebelum ini apa sahaja bantuan diperlukan SPR dalam konteks kegunaan sekolah sebagai sebahagian logisitik mengundi, insya-Allah kita akan beri sokongan.

“Bagaimanapun, setakat ini belum ada permohonan,” katanya pada sidang media ketika melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek, di sini, hari ini.

SPR sebelum ini menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov, penamaan calon pada 8 Nov manakala undi awal pada 16 Nov ini.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

515
Kongsi :
Previous post Amiruddin sedia pertahan DUN Ayer Limau, namun serah pucuk pimpinan tentukan
Next post Ahli Parlimen terima dos penggalak bermula esok
Ubah saiz-+=