Sorting by

×

SPRM Melaka cukup senjata api

Masa Membaca:57 Saat

AYER MOLEK 27 Mei – Jumlah senjata api diperlukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka mencukupi untuk menampung keperluan operasi meskipun jumlahnya kecil.

Pengarah SPRM negeri Mohd Shahril Che Saad berkata, setakat ini tidak ada keperluan atau perancangan untuk menambah jumlah senjata api untuk kegunaan pegawainya.

“Jika ada operasi yang besar, kita akan libatkan atau bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain, setiap agensi akan bawa senjata api yang dibekalkan kepada mereka,” katanya pada sidang media selepas program Ujian Melepaskan Tembakan dan Kemahiran Pengendalian Senjata Api SPRM 2022 di Lapang Sasar Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua, di sini, hari ini.

Mohd Shahril berkata, program bermula semalam dan berakhir hari ini membabitkan 56 peserta bertujuan memantapkan lagi kemahiran pengendalian senjata api dalam kalangan pegawai SPRM Melaka.

“Ujian dan latihan seperti ini amat penting dalam mempersiapkan pegawai kami yang mungkin berdepan insiden tidak diiingini. Sudah dua tahun program seperti ini tidak dijalankan berikutan penularan wabak COVID-19,” katanya.

Seramai 10 pengamal media Melaka yang mewakili pelbagai agensi turut dijemput menyertai ujian melepaskan tembakan dan kemahiran pengendalian senjata api anjuran SPRM itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1484
Kongsi :
Previous post Penggubahan wang haram lebih RM1 juta, pengarah syarikat sarung tangan didakwa
Next post Peniaga makan lega PM umum henti sementara eksport ayam
Ubah saiz-+=