
Status tiga negeri PKPB tukar PKPP
KUALA LUMPUR 16 Mac – Kerajaan menerusi sidang khas semalam bersetuju menukar status tiga negeri dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada PKP Pemulihan (PKPB) berkuatkuasa 19 Mac ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu selepas penilaian semua pihak dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Negeri tersebut adalah Kedah kecuali Kuala Muda dan Kulim yang masih kekal PKPB kerana masih terdapat kluster yang aktif.
“Kedua Perak, zon merahnya berkurangan dan zon hijau bertambah menjadi 46 daripada 78 mukim, ketiga Negeri Sembilan penurunan kes mendadak dengan peratus zon hijau 67.2 peratus jadi ditukar kepada PKPP, kecuali Seremban masih zon merah dan kekal sebagai PKPB,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Jelasnya, enam wilayah masih kekal status PKPB iaitu di Selangor masih banyak zon merah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan.
“Selangor hampir semua zon merah kecuali di Sabak Bernam masih jingga, wilayah persekutuan kuala lumpur semua zon masih merah, Johor masih banyak merah dan jingga, zon hijau 31.5 peratus.
“Pulau Pinang masih banyak zon merah dan kadar insiden masih meningkat serta Kelantan masih banyak zon merah dan zon jingga,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TINJAU GAMIT ‘HIKERS’ TAWAN PUNCAK BUKIT GAPIS
ASAHAN 21 September - Aktiviti mendaki Bukit Gapis atau juga popular dengan panggilan Gunung Melaka kini lebih menarik dengan pembinaan...
TRADISI REWANG KENDURI RAKYAT IMBAU TRADISI DULU
TANJUNG BIDARA 21 September - Tradisi rewang kembali menghidupkan semangat gotong-royong apabila penduduk setempat berganding bahu menyediakan juadah untuk orang...
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH LUAR BIASA
TANJUNG BIDARA 21 September - "Memang tidak sangka, ia luar biasa dan meriah," itu kata pengunjung Norhayati Abdul Rahman yang...
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
MELAKA PERKUKUH HUBUNGAN, BELA KEBAJIKAN WARGA GERAK KHAS
SUNGAI UDANG 20 September - Kebajikan anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) dan keluarga mereka terus diperkukuh menerusi peruntukan khas RM80,000...
