
Suami Isteri ditemukan mati mengejut di dalam rumah
SEREMBAN, 9 September – Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Bandar Dataran Segar, Lukut dekat sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 5.15 petang memaklumkan lelaki berusia 61 tahun dan isterinya, 58, itu disyaki tidak sedarkan diri.
“Polis dengan dibantu sepasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Port Dickson kemudian memecahkan mangga hadapan pintu jeriji rumah dan melakukan pemeriksaan di dalam rumah berkenaan. Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Lukut telah mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.
“Siasatan mendapati mangsa lelaki mempunyai sejarah rawatan darah tinggi manakala isterinya tiada sebarang sejarah rawatan kesihatan. Polis juga tidak menemukan sebarang unsur pelakuan jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai ‘mati mengejut’.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR BEMBAN: WARGA EMAS BERSYUKUR, TIDAK LAGI TAKUT DENGAR GURUH DI LANGIT
BEMBAN 2 Julai - Permohonan membaiki pulih kerosakan rumah yang dimohon bertahun dapat diselesaikan dalam tempoh segera memberi sinar baharu...
PENJAJA ‘EYE ON MELAKA’ KINI SELESA DI TEMPAT BAHARU
AYER KEROH 2 Julai - Penjaja sebelum ini mencari rezeki sekitar Eye On Melaka, memberikan maklum balas positif selepas memulakan...
JKKN SANTUNI MASYARAKAT MENERUSI PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA @KOMUNITI
AYER KEROH 1 Julai - Kampung Bukit Larang, Telok Mas dan Ayer Molek, menjadi dua kampung di negeri ini yang...
MBMB SAMBUT BAIK SARANAN KETUA MENTERI JAGA KEBAJIKAN PENJAJA, PENIAGA KECIL
AYER KEROH 1 Julai - Penjaja dan peniaga kecil di beberapa tapak perniagaan yang terjejas akibat kejadian ribut 28 Jun...
MPJ NOKTAHKAN PENANTIAN PEMOHON BANTUAN BAIK PULIH RUMAH
BEMBAN 1 Julai - Sebanyak empat kediaman selesai dibaik pulih oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerusi inisiatif Baik Pulih Rumah...
PERSIAPAN WRUR DUN DUYONG SUDAH BERMULA
DUYONG 1 Julai - Persiapan untuk menjayakan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) sudah mula dilaksanakan oleh pihak Jeperun Dewan...