Sorting by

×

SUKAN AIR, ‘BANANA BOAT’ TARIKAN PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

TANJUNG BIDARA 4 September – Aktiviti air seperti pertunjukan jet ski dan ‘banana boat’ antara tarikan utama sepanjang Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025 dari 12 hingga 14 September ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, aktiviti tersebut dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) khusus untuk memberi pengalaman menarik kepada pengunjung.

“Orang ramai juga berpeluang mencuba sendiri aktiviti air seperti jet ski dan ‘banana boat’ yang disediakan sepanjang pesta berlangsung.

“Kita yakin aktiviti ini mampu menarik lebih ramai pengunjung, termasuk pelancong dari luar Melaka untuk merasai sendiri pengalaman yang jarang ditawarkan di pantai ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas mengadakan lawatan tapak di Pantai Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas, kakitangan MPAG, wakil jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

Menurut TPr. Saifuddin, pesta yang dianjurkan ini juga bertepatan dengan cuti umum pada Isnin (15 September) dan Selasa (16 September) 2025.

“Jadi, kita harap orang ramai mengambil peluang ini untuk datang bersama keluarga dan menikmati pelbagai program yang telah dirancang. Selain aktiviti air, terdapat juga pertandingan, persembahan seni, jualan makanan dan banyak lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

566
Kongsi :
Previous post 1,000 PENARI ZAPIN, PESTA KONDA KONDI MERIAHKAN WTD 2025
Next post LEBIH 200 INSAN ISTIMEWA MERIAHKAN SERUMPUN RACE SPECIAL EDITION 2025