
Sulaiman adakan pertemuan bersama Tun Mohd Ali
AYER KEROH: Ketua Menteri Datuk Seri Utama Hj Sulaiman Md. Ali hari ini mengadakan pertemuan bersama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam.
Menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini, Sulaiman berkata pertemuan itu diadakan di Pejabat TYT di sini.

Katanya, turut mengiringi beliau dalam lawatan itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Dr Hasim Hasan.
“Pertemuan ini memberi peluang kepada saya untuk berkongsi perkembangan terbaharu dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
“Terima kasih Tuan Yang Terutama Tun kerana sudi menerima kehadiran saya pada pagi ini,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
HLN 2026: MELAKA CIPTA REKOD HASILKAN 361 PERABOT DARI SISA KAYU
PAYA RUMPUT 8 Ogos - Sebanyak 1,200 palet kayu terpakai berjaya ditransformasikan menjadi 361 unit perabot menerusi Program Kitar Semula...
HLN 2026: MELAKA ‘DIGITALKAN’ 70,753 POKOK
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Sebanyak 70,753 data inventori pokok direkodkan menerusi sistem MyTrees@Melaka yang telah dibangunkan dibangunkan pada 2017,...
HLN 2026: MELAKA PACU PEMBANGUNAN TANPA KORBANKAN KHAZANAH ALAM
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Melaka terus memperkukuh agenda pembangunan negeri dengan memastikan kemajuan dan kelestarian alam bergerak seiring menerusi...
HLN 2026: MELAKA BANGUNKAN 6 PROJEK LANDSKAP DALAM DUA TAHUN
PAYA TUMPUT 7 Ogos - Sebanyak enam projek landskap utama dilaksanakan di Melaka dalam tempoh dua tahun bagi memperkasa ruang...
KERJASAMA PERSEKUTUAN, MELAKA WAJAR JADI CONTOH – PM
PAYA RUMPUT 7 Ogos – Perbezaan fahaman termasuk politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara...
KPKT JALIN KERJASAMA DENGAN UN-HABITAT BANGUNKAN MY PUBLIC SPACE
PAYA RUMPUT 7 Ogos – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) akan bekerjasama dengan UN-Habitat...
