Sulaiman umum 10 Exco baharu

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 26 Nov – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengumumkan 11 portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka, hari ini.

Portfolio itu didahului dengan Sulaiman yang memegang portfolio Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama.

Selain itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memegang portfolio Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan.

Diikuti tujuh lagi muka baharu yang memegang jawatan Exco di negeri ini serta dua muka lama iaitu Datuk Rahman Mariman dan Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Antara muka baharu yang ditampilkan ialah Datuk Zaidi Attan yang akan memegang portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar; Datuk Rais Yasin (Pendidikan dan Teknologi); Dr Muhamad Akmal Saleh (Kesihatan dan Antidadah) serta Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Industri Asas Tani).

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin pula dilantik Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan; Ngwe Hee Sem (Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna) serta V P Shanmugam (Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Dalam pada itu Sulaiman berkata, beliau yakin kesemua barisan Exco yang dilantik mampu untuk menggalas tugas yang diamanahkan.

“Sudah tentu mereka yang dilantik mampu menggalas tanggungjawab dan menggerakkan usaha merealisasikan akur janji dan Manifesto Barisan Nasional (BN) ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’ yang diumumkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov lalu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

855
Kongsi :
Previous post Lebih 20,000 perwakilan MIC akan undi tiga naib presiden, 21 CWC 4 petang ini
Next post Senarai penuh EXCO baharu Melaka
Ubah saiz-+=