Sultan Ibrahim kurnia DMIJ kepada empat individu

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

JOHOR BAHRU 29 Nov – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Datuk Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, pengurniaan darjah DMIJ, yang membawa gelaran Datuk dikurniakan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Amir Nasruddin; Ketua Polis Negeri Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Mantan Duta Besar Malaysia ke Bahrain Agus Salim Yusof.

Turut menerima DMIJ ialah Pegawai Daerah Kota Tinggi Hazlina Jalil yang membawa gelaran Datin Paduka.

Majlis pengurniaan darjah tersebut adalah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru, di sini.

Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada empat individu.

“Penerima SIJ ialah Pegawai Daerah Tangkak Mohammed Shakib Ali, Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor Abu Bakar Abd Aziz, Pengarah Perangkaan Johor Wan Mohd Shahrulnizam Wan Mohd Najuri dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor Maimunah Othman,” menurut hantaran itu.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

959
Kongsi :
Previous post Netherlands detects 13 cases of COVID-19 Omicron variant
Next post Tangisan, pelukan iringi kepulangan rakyat Malasysia dari Singapura menerusi VTL darat
Ubah saiz-+=