
Surat kebenaran beroperasi agensi di bawah KeTSA sah hingga 28 Jun
PUTRAJAYA 14 Jun – Surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan sebelum ini bagi sektor-sektor di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) masih boleh diterima pakai sehingga 28 Jun ini (2021), demikian menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata surat kebenaran beroperasi itu sebelum ini dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA).
Beliau berkata ia adalah selaras dengan pelanjutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula 15 Jun hingga 28 Jun.
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan kepada talian hotline 03-88861665 dan 019-669 6842 atau e-mel kepada [email protected].
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: MISI ABDUL HAKIM MAHU NOKTAHKAN ISU BANJIR MASJID TANAH
LENDU 6 November - Isu banjir yang sekian lama membelenggu penduduk sekitar Masjid Tanah terus menjadi perhatian calon Barisan Nasional...
RM2 JUTA TANGANI HAKISAN TEBING SUNGAI BERTAM ULU
SUNGAI UDANG 6 November - Peruntukan awal kira-kira RM2 juta akan disalur Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi...
PRN MELAKA: ‘TAK UNDI HELMY, BAIK BENAM KEPALA DALAM TANAH’ – DAK NOR
DUYONG 6 November - "Siapa yang tak undi YB Helmy, baik kau benam kepala dalam tanah," demikian luahan spontan 'Dak...
ZAHARI TURUN PADANG SETIAP HARI, MUSTAFA SAYU KENANG PERSAHABATAN 20 TAHUN
DURIAN TUNGGAL 6 November – Kesediaan penyandang terdahulu, Datuk Zahari Abd Kalil turun berkempen bersama setiap hari menyentuh perasaan calon...
RAIS TERBAIK, PRIHATIN MASALAH RAKYAT’ – PENDUDUK
SUNGAI UDANG 6 November - Keprihatinan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin...
27 PENIAGA MEDAN SELERA SAMUDERA NIKMATI SEWAAN PERCUMA DUA BULAN
BANDAR HILIR 6 November - Seramai 27 peniaga di Medan Selera Samudera, Banda Hilir menerima manfaat pengecualian bayaran sewaan selama...

