
Surau kemas semakin bersemangat untuk beribadat
TABOH NANING 2 Jun – Surau Ulu Sungai Buloh, di sini, yang menjalani proses naik taraf turut dilengkapi dengan dua unit pendingin hawa baharu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin berkata, pendingin hawa berkenaan disumbangkan oleh pihak JAPERUN Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
“Perkara ini disuarakan tidak lama dulu dan selepas mengambil kira keselesaan kira-kira 100 kariah surau saya mengambil tindakan segera, syukur kerja naik taraf serta pemasangan pendingin hawa direalisasikan.
“Surau ini mampu menampung sekitar 60 hingga 70 jemaah pada satu-satu masa, diharapkan usaha ini dapat mengimarahkan lagi institusi surau dan masjid sekitar DUN Taboh Naning,” katanya.
Beliau juga berharap penduduk sekitar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan lain yang disediakan di surau berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SENARAI RASMI PENERIMA PINGAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI AGONG TAHUN 2026
KUALA LUMPUR, 1 Jun - Berikut senarai rasmi penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 bersempena dengan Ulang Tahun...
INDIVIDU TIDAK MAHU IKUT PRINSIP RUKUN NEGARA TIDAK LAYAK DIGELAR WARGANEGARA – AGONG
KUALA LUMPUR, 1 Jun - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini bertitah bahawa mana-mana individu yang tidak mahu mengikut...
KETUA MENTERI ZAHIR UCAPAN TAHNIAH ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI AGONG
AYER KEROH 1 Jun - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan ucapan tahniah bersempena dengan Sambutan Ulang...
AHLI POLITIK JAGA TUTUR KATA, JANGAN SALAH GUNA KEBEBASAN BERSUARA – AGONG
KUALA LUMPUR, 1 Jun - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menitahkan semua pemimpin politik supaya sentiasa menjaga adab...
KETUA HAKIM NEGARA DIKURNIA GELARAN TUN, DAHULUI PENERIMA PINGAT KEPUTERAAN AGONG
KUALA LUMPUR, 1 Jun - Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendahului senarai 144 penerima Darjah...
ANAK FELDA PERKENAL AKTIVITI REKREASI BERKUDA
MACHAP JAYA 1 Jun – Bermula sekadar hobi menunggang kuda, kini seorang anak Felda Bukit Bulat berjaya menjadikannya sebagai produk...
