
Agih ikan percuma, ringankan beban orang ramai
PAYA RUMPUT 2 Jun – Turun padang untuk mengagihkan sendiri ikan, antara inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin yang mahu berkongsi rezeki dengan penduduk di kawasan diwakilinya.
Rais berkata, menerusi program anjuran bersama Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu pihaknya mengagihkan ikan percuma kepada penduduk sekitar Taman Rambai Utama dan Taman Rambai Jaya bermula jam 10 pagi, 29 Mei lalu.
“Susulan kenaikan harga barang kami terpanggil untuk membantu meringankan beban orang ramai khusus di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.
“Saya rasa gembira dapat berkongsi rezeki dan melihat penduduk tempatan ceria, secara tidak langsung usaha ini dapat meringankan sedikit bebanan mereka,” katanya.
Beliau berharap usaha dilakukan memberikan faedah khusus kepada golongan yang amat memerlukan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
