SWCorp kesan 40 lokasi sampah haram

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 15 Ogos- Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka mensasarkan untuk mengurangkan lagi jumlah ‘hot spot’ sampah haram sekitar negeri ini menjelang hujung tahun.

Pengarah SWCorp Melaka, Khairuladha Ab Mutalib berkata, setakat ini 40 hot spot sudah dikenal pasti pihaknya dan langkah susulan untuk mengatasi perkara itu sedang dijalankan.

“Tahun lalu sebanyak 57 hot spot dikesan dan jumlahnya semakin menurun, kami serius dalam menangani permasalahan ini.

“Bahan buangan membabitkan kategori sampah longgok, kerana ada antara lokasi yang dikesan membabitkan kes berulang.

“Antara lokasi terbabit adalah Taman Sutera Wangi. Kami sedang melakukan risikan dan sekiranya ditangkap individu atau pihak terbabit akan dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Sembang Santai SWM Environment di PPLK Taman Botanikal, di sini.

Mengulas lanjut, Khairuladha berkata, menuju Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), SWCorp akan turut serta melaksanakan pelbagai aktiviti selain memastikan lokasi-lokasi tumpuan pelancong sentiasa bersih.

“Kita akan pastikan lokasi-lokasi di bawah seliaan SWCorp sentiasa bersih memandangkan tahun hadapan Negeri Melaka akan menerima jumlah pengunjung yang ramai.

“Jadi jumlah sampah juga akan meningkat dan kita sudah membincangkan kekerapan dalam jadual membuat kutipan sampah di lokasi-lokasi tumpuan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1429
Kongsi :
Previous post 28 mangsa banjir Melaka Tengah masih di PPS
Next post Lawan ketakutan di Gua Reptilia Zoo Melaka
Ubah saiz-+=