Lawan ketakutan di Gua Reptilia Zoo Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

AYER KEROH 15 Ogos – Kewujudan Gua Reptilia atau Reptile Cave menjadi antara tarikan terbaharu yang disediakan Zoo Melaka bagi menggamit kehadiran pengunjung.

Mana tidaknya, gua yang menempatkan lebih 40 reptilia itu boleh menjadi destinasi wajib bagi mereka yang mahu melawan ketakutan dan menyukai suasana dekat dengan alam semulajadi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron berkata, sejak ia Gua Reptilia dibuka pada awal Mac lalu, ia berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung dalam dan luar negara.

Menariknya, Sapiah berkata, tarikan terbaharu itu menggunakan konsep jimat tenaga, di mana, sensor bunyi dan lampu hanya berfungsi apabila pengunjung melalui laluan berkenaan.

“Secara keseluruhan terdapat 18 spesis haiwan di gua ini dan antara yang menjadi tarikan ialah seperti belut dan katak hutan (forest frog).

photo1691223137 (1)
ANTARA spesies yang terdapat di Gua Reptilia. Foto: Iqmal Haqim Rosman

“Selain itu, pengunjung juga tertarik dengan ‘panther chameleon’, ‘blue tongue skink’ dan ‘corn snake’ yang terdapat di sini.

“Waktu operasi Gua Reptilia ialah sama dengan waktu operasi Zoo Melaka yang mana ia juga dibuka pada waktu malam iaitu Night Safari,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

photo1691223372
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin merasmikan Reptile Cave yang menjadi tarikan baharu di Zoo Melaka, baru-baru ini. Hadir sama Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron, Pengarah Zoo Melaka, Zanariah Khamis dan Pengarah Perhilitan negeri, Petra Sulai. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut, Sapiah memaklumkan, selain reptilia, pengunjung juga boleh bermesra dengan burung-burung yang terdapat di dalam zoo ini memandangkan laluan gua itu boleh terus ke Aviary Burung Zoo Melaka.

Jelas beliau, di Aviary Burung, terdapat 17 ekor burung jinak daripada pelbagai spesis antaranya, ‘toucan’, ‘starling bird’, ‘golden pheasant’, ‘red toucan’ dan ‘toco toucan’.

photo1691223653
BURUNG jinak di Aviary Burung Zoo Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Di sini juga, pengunjung boleh memberi makan kepada burung-burung dengan bantuan dari pembantu Aviary,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3435
Kongsi :
Previous post SWCorp kesan 40 lokasi sampah haram
Next post QB Titans B ‘raja libas’, Frozen ‘ratu jaring’ Jasin
Ubah saiz-+=