Sorting by

×

SWM ENVIRONMENT KONGSI KEGEMBIRAAN SEMPENA DEEPAVALI

Masa Membaca:50 Saat

AYER KEROH 17 Oktober – Atas dasar mahu berkongsi kegembiraan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) menyantuni lima buah keluarga kurang berkemampuan sekitar Negeri Melaka yang bakal menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin, berkata program ziarah kasih SWM Kasih Cahaya Deepavali mencerminkan keprihatinan dan komitmen pihaknya dalam memperkukuh semangat perpaduan serta keharmonian antara komuniti pelbagai kaum.

“Kami sentiasa komited dalam membantu golongan kurang bernasib baik seperti keluarga berpendapatan rendah, warga emas, orang kkurang upaya (OKU) dan pesakit kronik bagi meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Deepavali yang bakal tiba.

“Selain bertanya khabar kami menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas kepada penerima,” katanya menerusi satu kenyataan,” katanya.

Menurutnya, serahan bantuan kepada penerima disempurnakan oleh Pengurus Besar Operasi SWM Environment, R Mahendran.

Katanya, antara yang disantuni menerusi program itu adalah pesakit buah pinggang kronik yang perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu, penghidap masalah jantung dan pesakit terlantar akibat angin ahmar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

726
Kongsi :
Previous post PERZIM BERHASRAT ANJUR PAMERAN ‘PANGLIMA AWANG’ SIRI KEDUA
Next post PENDAKI MAUT DI GUNUNG LIANG: POLIS TAHAN DUA MALIM GUNUNG BANTU SIASATAN