Sorting by

×

TABIKA KEMAS AUTISME BAKAL BERI IMPAK

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

TANJUNG BIDARA 16 Ogos – Penubuhan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Tunas Istimewa (Autisme) bakal memberi impak yang besar kepada ibu bapa menjaga anak autisme.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS, Zairuddin Mat Zuini berkata, bermula tahun ini, Melaka memulakan operasi tabika khas tersebut, sekali gus menjadi penanda aras sebelum diperluaskan ke semua 14 negeri seluruh Malaysia.

“Dengan adanya tabika khas ini, akan memberi impak besar khususnya kepada masyarakat atau ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme dan mereka boleh menghantar anak mereka ke Tabika KEMAS Autisme pada masa akan datang.

“Pada tahun hadapan, tabika khas ini akan diperluaskan ke seluruh negara secara serentak dengan sebuah tabika khas diwujudkan di setiap negeri sebagai permulaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui selepas mengiringi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Abdul Hakim Abdul Wahid yang turun padang adakan lawatan tapak Majlis Perasmian Tabika KEMAS Tunas Istimewa (Autisme) Air Hitam Pantai, di sini, semalam.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dijadualkan akan merasmikan Tabika KEMAS Tunas Istimewa (Autisme) Air Hitam Pantai, jam 3 petang ini.

“Jadi saya mengharapkan kepada semua masyarakat di negeri Melaka dapat hadir ke majlis perasmian tersebut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

437
Kongsi :
Previous post PENERIMA PTK DIINGATKAN JANGAN LENGAH SELESAIKAN PREMIUM TANAH
Next post SETENGAH ABAD MENUNGGU, AKHIRNYA GERAN TANAH ‘DIGENGGAM’