
Tahun Baru Cina: Waktu operasi pembersihan di dua lokasi pelancongan dilanjutkan
TELOK MAS 5 Februari – SWM Enviroment Sdn Bhd akan menambah waktu operasi pembersihan di dua lokasi pelancongan Negeri Melaka sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Pengurus Besar Korporatnya, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, dua lokasi yang diberi tumpuan pihaknya ialah di Jonker Walk dan sekitar Bangunan Stadthuys, Banda Hilir.
Jelasnya, pertambahan masa operasi di kawasan tersebut akan dilakukan bermula jam 4 petang hingga 1 pagi dengan tambahan tenaga kerja sebanyak 10 hingga 15 orang di kawasan tumpuan utama pelancong itu.
“Pelanjutan waktu operasi pembersihan ini akan dilaksanakan sepanjang cuti Tahun Baru Cina,” katanya kepada pemberita.
Mengulas lanjut Mohd Norlisam memaklumkan, kerja-kerja kutipan sisa domestik dan pukal sepanjang musim perayaan itu akan dijalankan mengikut jadual biasa.
“Ia tidak membabitkan penambahan atau perubahan hari kutipan dan ini juga termasuk kepada operasi pembersihan longkang dan pemotongan rumput,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TANJUNG BIDARA ‘LUBUK’ KAKI PANCING, 1,140 BERENTAP DI BALIK BATU
TANJUNG BIDARA 19 September - Seramai 1,140 kaki pancing dari dalam dan luar Melaka menyertai Tanjung Bidara Surfcasting Challenge 2026...
TOK RAUF SUMBANG KERUSI MANDI KHAS BANTU ADIK AISH IRFAN
TANJUNG BIDARA 19 September – Tiada siapa menyangka anak yang suatu ketika dahulu mampu berjalan dan bercakap seperti kanak-kanak normal...
BANTUAN RM8,000 PERKASA PDK SERI KEMUNTING, BERI MANFAAT KEPADA 40 PELATIH
TANJUNG BIDARA 18 September – Usaha memperkasa kebajikan golongan orang kurang upaya (OKU) di PDK Seri Kemunting terus mendapat perhatian...
TAK PERLU TUNGGU SIMPTOM, KOMUNITI DIGALAK MANFAATKAN SARINGAN KANSER PERCUMA
TANJUNG BIDARA 19 September - Tidak perlu tunggu sehingga muncul simptom atau keadaan kesihatan semakin merosot, sebaliknya orang ramai digalakkan...
SARUNG BUKAN SEKADAR WARISAN, SIMBOL PELANCONGAN – NORANIZA IDRIS
BANDA HILIR 19 September - Sarung bukan sekadar pakaian tradisional masyarakat tempatan, malah mempunyai potensi besar untuk diketengahkan sebagai produk...
KEPRIHATINAN TOK RAUF KEKUATAN MANGSA KEBAKARAN BANGKIT SEMULA
TANJUNG BIDARA 19 September - Bantuan kediaman baharu daripada Kerajaan Negeri mengembalikan keceriaan buat keluarga ini apabila rumah pusaka menjadi...
