Taja jersi RM4,000 bangunkan bola sepak Alor Gajah

Masa Membaca:57 Saat

ALOR GAJAH 23 Mei – Pusat Latihan Daerah (PLD) Alor Gajah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan menerima sumbangan jersi bernilai RM4,000 untuk pembangunan bola sepak di daerah itu dan negeri Melaka amnya.

Sumbangan itu diberikan oleh Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Negeri Melaka Dr Jeffri Teh Faizal Teh, iaitu berupa sumbangan dua set jersi bola sepak.

Dr Jeffri berkata, sumbangan itu bertujuan untuk membantu program pembangunan bola sepak negara.

“Sumbangan kecil ini diharap dapat membantu pusat ini menggilap serta mengetengahkan bakat-bakat baharu kelak dan seterusnya mengharumkan nama negeri Melaka dan seterusnya Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.

Majlis penyerahan sumbangan itu telah diadakan di SMK Seri Pengkalan yang disampaikan kepada pengetuanya Mahfudzah Mohamed Nor.

PERBINCANGAN mengenai pembangunan bola sepak di Melaka.

Hadir sama, Ketua Jurulatih Remaja Negeri Melaka Rashid Mahmud, Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum SMK Seri Pengkalan Rosli Mustafa dan Ketua Jurulatih PLD Alor Gajah Azrul Affendy Borhan.

Sementara itu, Mahfudzah merakamkan penghargaan kepada pihak persatuan yang sudi membantu meringankan beban serta menyokong program pembangunan bola sepak di daerah itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1795
Kongsi :
Previous post Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$111.4 bilion pada 13 Mei 2022
Next post Eksport ayam 3.6 juta ekor sebulan dihentikan mulai 1 Jun – PM Ismail Sabri
Ubah saiz-+=