
Tak kering pemain berbakat
DURIAN TUNGGAL 31 Julai – Meskipun sekadar meraih naib johan pada penyertaan Liga Negeri Melaka, ia dianggap sebagai satu pencapaian cukup membanggakan bagi pasukan sepak takraw mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Zahari Abd Kalil berkata, kemenangan diraih menjadi penyuntik semangat kepada anak muda di DUN itu untuk terus aktif dalam sukan sepak takraw.
“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pasukan sepak takraw DUN Durian Tunggal kerana meraih naib johan.
“Sekalung penghargaan buat barisan jurulatih dan pemain yang berusaha keras dan mempamerkan aksi terbaik sepanjang kejohanan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.
Zahari berkata, pencapaian itu secara tidak langsung membuktikan Durian Tunggal antara DUN yang cemerlang dan mempunyai pemain berbakat dalam sukan sepak takraw.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...

