Klinik Kesihatan Nyalas terima ambulans baharu

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

ASAHAN 31 Julai – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka, menyerahkan sebuah ambulans kepada Klinik Kesihatan Nyalas, dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan berkata, kemudahan terbaharu itu memberikan kelegaan kepada penduduk, selain berasa lebih terjamin khusus ketika berdepan kes kecemasan.

“Alhamdulillah permohonan saya sebelum ini mendapat perhatian pengarah kesihatan negeri dan kini Klinik Kesihatan Nyalas sudah dilengkapi sebuah ambulans.

“Sebelum ini tidak ada perkidmatan ambulans, jadi menyukarkan penduduk mengalami masalah kesihatan serius untuk ke Hospital Jasin, atau Klinik Kesihatan Asahan bagi mendapatkan rawatan.

“Perkhidmatan ambulans dari jam 8 pagi hingga 5 petang ini pastinya memberikan kelegaan kepada penduduk kawasan ini,” katanya.

Sebelum ini Fairul, mengadakan lawatan ke lima klinik kesihatan dalam DUN Asahan bagi meninjau kerja naik taraf dan baik pulih yang dijalankan.

Lawatan turut disertai Penasihat Menteri Kesihatan, Datuk Mohamad Iruan Zulkefli dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rusdi Abd Rahman.

Fairul berkata, beliau sudah menghantar permohonan kepada kementerian bagi menaik taraf beberapa kemudahan klinik kesihatan di DUN tersebut.

“Ada lima buah klinik kesihatan dalam DUN Asahan saya cadangkan untuk dinaik taraf khususnya di jabatan kecemasan.

“Antaranya peruntukan menaik raraf kemudahan kecemasan di klinik kesihatan Nyalas, Felda Bukit Senggeh dan Selandar (peruntukan membaiki pendingin hawa).

“Anggaran untuk kerja baik pulih dan naik taraf kemudahan semua klinik ini kira-kira RM1.5 juta,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1383
Kongsi :
Previous post Tak kering pemain berbakat
Next post Kanak-kanak lelaki hilang, ditemukan lemas di Sungai Plentong
Ubah saiz-+=