‘TAK PERCAYA TOK RAUF DATANG, MACAM MIMPI’

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER LIMAU 9 September – Ada yang teruja, malah menyifatkan peluang berjumpa empat mata dengan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sebagai momen amat berharga.

Juliana Md Julis, 47, dari Taman Wira Mas berkongsi perasaan teruja kerana sebelum ini dia hanya melihat Ketua Menteri menerusi televisyen dan medium media sosial.

“Saya tidak percaya macam mimpi Ketua Menteri datang ke kawasan kami. Ini pertama kali saya jumpa beliau secara dekat dan saya sangat gembira dapat bertemu serta menerima sumbangan ini,” katanya.

Bagi Kalthum Ahmad, 56, dari Lubok China menyifatkan Ab Rauf sebagai pemimpin yang mesra dan dekat dengan rakyat selain sentiasa mengambil berat keperluan golongan yang memerlukan.

Katanya, walaupun sudah beberapa kali melihat Ketua Menteri, peluang bertemu secara dekat kali ini memberikan pengalaman berbeza.

β€œBeliau sangat ramah dan baik dengan rakyat. Saya berterima kasih kerana memberikan bantuan ini, sudah tentu ia dapat membantu kami yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu Abu Hasan Nordin, 66, dari Kampung Sungai Siput pula menyifatkan pertemuan itu cukup menggembirakan kerana ia merupakan kali pertama dia bersemuka dengan Ab Rauf.

“Saya seronok dapat berjumpa Datuk Rauf. Beliau sangat ramah dan saya harap dapat berjumpa lagi pada masa akan datang,” katanya.

Manakala Adam Karim, 66, dari Taman Wira Mas pula berkata, pertemuan secara bersemuka membuatkannya melihat sisi berbeza Ab Rauf berbanding ketika menonton beliau di televisyen.

β€œKalau tengok di televisyen nampak macam garang, tetapi bila jumpa depan-depan ternyata beliau ada aura dan karisma tersendiri, malah sangat mesra bila berinteraksi dengan rakyat,” katanya.

Terdahulu, mereka menerima sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Insentif Belanja Rakyat dan Sumbangan Baik Pulih Rumah sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau di Dewan Terbuka Taman Wira Mas, Lubok China, semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

384
Kongsi :
Previous post 30 BOT BERHIAS, PERTANDINGAN TEBAR JALA ANTARA TARIKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026