‘Tak perlu gambar saya dalam poster PRN Melaka’

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

LENDU 19 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan ketiadaan gambarnya dalam mana-mana poster atau bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah keputusannya dirinya sendiri.

Beliau berkata, kaedah yang digunakan parti lain dengan memaparkan wajah Presiden parti masing-masing adalah satu kaedah konvensional dan tidak perlu diikuti.

“Sengaja saya meminta supaya gambar saya selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO untuk tidak ada dalam poster, billboard sebab saya fikirkan rakyat Melaka mereka tahu bahawa mereka pilih bukan Presiden parti

“Mungkin (dipaparkan) menandakan tidak sayang pada tokoh-tokoh tertentu maka undi itu akan pergi situ namun ia sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan ziarah kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Pada masa sama, beliau berkata, BN mengambil pendirian untuk bersiap siaga di saat akhir untuk berdepan taktik pembunuhan watak yang dilakukan pihak yang menentangnya.

“Kami bersiap siaga untuk menjawab dan kita tahu juga pembunuhan watak atau ‘character assassination’ sedang dilakukan mereka namun kama siap sedia kerana kami yakin bahawa pengundi-pengundi di seluruh Melaka meletakkan set tertentu dalam minda mereka tentang parti mana mahu mereka pilih, calon mana mereka yang akan pangkah.

“Saya amat yakin BN Insya-Allah akan membentuk semula kerajaan untuk mentadbir Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

614
Kongsi :
Previous post ‘Tun M pun ada terima sagu hati tanah’ – Zahid
Next post Tun Mohd Khalil beri semangat kepada BN
Ubah saiz-+=