‘Tun M pun ada terima sagu hati tanah’ – Zahid

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

LENDU 19 Nov – Kesemua mantan Perdana Menteri sebelum ini juga pernah menerima sagu hati termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai anugerah kerajaan kepada perjawatan Perdana Menteri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemberian sagu hati tanah itu tidak perlu dijadikan isu berikutan Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum menerimanya.

“Semua mantan Perdana Menteri telah diberikan hadiah atau sagu hati, Tun Mahathir sendiri telah menerima, Tun Abdullah Badawi sendiri menerima dan sebelum itu Tun Hussein Onn menerima.

“Dan Najib belum dapat lagi tanah itu cuma sebagai Mantan PM kerajaan lazimnya menawarkan tanah sebagai sagu hati itu maka daripada tiga bidang itu baru dilihat satu, jadi belum ada anugerah yang diberikan,”katanya kepada pemberita selepas mengadakan ziarah kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali. .

Mengulas lanjut, beliau berharap pengundi tidak mempolitikkan perkara itu kerana menurutnya, pemberian sagu hati tersebut adalah wajar kepada Najib.

“Saya harap pengundi pengundi di Melaka tahu bahawa PM terdahulu memang dapat. Jadi PM sebelum-sebelum ini khususnya ketika Najib seharusnya beliau juga memperolehi hadiah atau sagu hati itu tapi belum secara rasmi dianugerahkan kepada beliau,” ujarnya.

Terdahulu, MHI melaporkan Najib mengambil keputusan untuk menolak tawaran peruntukan tanah kerajaan bernilai RM100 juta kepadanya.

Jelasnya, tindakan itu dibuat susulan isu terbabit dipolemikkan pihak pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selain meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meneliti semula Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

784
Kongsi :
Previous post Saya dan isteri dijadikan sasaran propaganda politik – Najib
Next post ‘Tak perlu gambar saya dalam poster PRN Melaka’
Ubah saiz-+=