Taman ‘Cahaya’ Dataran Sejarah gamit pengunjung

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

AYER KEROH 22 Disember – Dataran Sejarah Ayer Keroh bakal menjadi lokasi ‘wajib singgah’ buat pengunjung yang memasuki Melaka menerusi Plaza Tol Ayer Keroh.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman berkata pihaknya kini sedang menyiapkan Taman Kelip-Kelip (Firefly Park Garden) yang akan menyinari malam di dataran itu.

Katanya, taman cahaya menelan kos RM 300,000 itu kini sudah 80 peratus siap dan semua kerja berkaitan dijangka selesai sepenuhnya hujung bulan ini.

WhatsApp Image 2022-12-22 at 1.35.00 PM
TAMAN pencahayaan atau Firefly Park Garden di Dataran Sejarah Ayer Keroh bakal menjadi lokasi bergambar ‘insta-worthy’ di waktu malam. Foto FB MPHTJ

“Konsep taman cahaya dipilih kerana kami mahu gamitkan pengunjung yang datang, tidak kira untuk beriadah bersama keluarga, ambil gambar kenang-kenangan atau apa sahaja aktiviti sihat.

“Sekarang ini pun setiap hujung minggu ramai yang singgah ke ‘LeyPark Station’. Kami jangka lebih ramai akan singgah selepas taman cahaya atau Firefly Park Garden ini dibuka kelak.

“Konsep ini ideanya daripada warga MPHTJ sendiri. Projek ini antara usaha kami untuk mengindahkan kawasan yang dulunya sunyi tanda pengunjung,” katanya ketika dihubungi hari ini.

WhatsApp Image 2022-12-22 at 1.33.37 PM
DATARAN Sejarah yang berwajah baharu. Foto FB MPHTJ

Shadan berkata, pembukaan Firefly Park Garden itu nanti juga dijangka memberikan tempias kepada ramai peniaga kraftangan.

Menurutnya berdasarkan pemerhatian ketika turun padang meninjau lokasi berkenaan dua minggu berturut-turut mendapati ramai peniaga kraftangan membuka gerai masing-masing hingga malam.

WhatsApp Image 2022-12-22 at 1.40.03 PM
SHADAN ketika turun padang meninjau perkembangan projek Firefly Park Garden. Foto FB MPHTJ

“Sekarang ini musim cuti sekolah, boleh kata setiap malam, lebih 100 pengunjung singgah bergambar dan beriadah bersama keluarga.

“Saya yakin apabila taman itu siap sepenuhnya nanti, lebih ramai pengunjung akan datang dan dapat merancakkan ekonomi peniaga setempat termasuk peniaga kraftangan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

26192
Kongsi :
Previous post Wanita berjubah cuba samun kedai emas diburu polis
Next post Sekretariat tetap tangani isu kos sara hidup ditubuhkan
Ubah saiz-+=