
TAMAN TEMA AIR TETC, ‘PORT’ MANDI MANDA MURAH HUJUNG MINGGU
RIM 9 Mei – Taman tema air Taman Ekstrem Tasik Chinchin (TETC), di sini, menjadi lokasi paling ideal untuk keluarga menceriakan anak-anak pada setiap hujung minggu.
Dengan harga serendah RM6 sahaja, seisi keluarga dapat merasai keseronokan aktiviti bermandi-manda yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang ramai.
Pusat rekreasi itu dikendalikan Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI), di mana ia dibuka pada Sabtu dan Ahad bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Di sini, anak-anak bukan sahaja dapat merasai keseronokan bermain air, malah ibu bapa juga dapat bersantai dan menikmati suasana tenang dan damai di lokasi yang terletak berhampiran tasik.
Tidak hanya itu, terdapat pelbagai lagi tarikan menarik lain turut disediakan di TETC antaranya aktiviti berkayak, berbasikal, memancing, selain boleh juga menikmati pelayaran tasik dengan eco-cruise, aktiviti sukan lasak serta menikmati makanan di sebuah kafe popular.
Bagi yang ingin menginap, jangan risau. CMI juga turut menyediakan sebanyak 18 unit villa di TETC membabitkan tiga jenis kediaman dengan tawaran harga serendah RM300 hingga RM450 semalam sahaja.
Untuk mengetahui lebih lanjut tarikan yang ada di TETC di bawah CMI, bolehlah menghubungi Bahagian Pemasaran CMI di talian 016-4576641.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


