Tanah pertanian bukan tanam sayur, tapi jadi rumah

Masa Membaca:51 Saat

SERI NEGERI 15 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Lim Ban Hong mencadangkan Kerajaan Negeri menubuh jawatankuasa khas untuk mengkaji tanah pertanian yang sesuai untuk digazet atau diwartakan.

Katanya, hal itu perlu dilakukan demi keterjaminan makanan di negeri ini pada masa akan datang.

Ban Hong berkata, perkara itu diusul berikutan tanah pertanian di Klebang yang sebelum ini antara terbesar di Melaka semakin berkurangan kerana ia sedikit demi sedikit ‘dirampas’ untuk dijadikan perumahan.

“Ia boleh dilihat yang mana pada sidang dewan sebelum ini saya memaklumkan kawasan pertanian di Klebang seluas lebih 500 hektar.

“Namun, dalam masa tiga bulan sahaja, saya dimaklumkan jumlah itu berkurangan kepada 458 hektar kerana ada yang mula dijadikan projek perumahan. Atas kebimbangan itu, saya memohon agar jawatankuasa khas ini ditubuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berbahas pada usul ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka pada hari ketiga Persidangan Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1918
Kongsi :
Previous post Cadang bangunkan pusat hemodialisis rakyat Melaka
Next post DUN Melaka lulus usul tubuh dua kumpulan wang amanah
Ubah saiz-+=