
DUN Melaka lulus usul tubuh dua kumpulan wang amanah
SERI NEGERI 15 Mac – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, hari ini, sebulat suara meluluskan usul penubuhan dua kumpulan wang amanah Negeri Melaka.
Dua kumpulan wang amanah itu ialah Kumpulan Wang Tabung Amanah Melaka dan Kumpulan Wang Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI).
Usul tersebut telah disokong sebulat suara 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), manakala tiga tidak hadir.
Terdahulu, usul itu dibentang Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali Usul mengikut Seksyen 10(4)(b) Akta Acara Kewangan 1957 (Disemak 1972), ia kemudiannya disokong Adun Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Usul tersebut turut dibahaskan empat Adun iaitu Adun Asahan, Adun Bemban, Adun Bukit Katil dan Adun Duyong.
Sulaiman dalam ucapan penggulungannya memaklumkan penubuhan dua kumpulan wang amanah itu berupaya memberi impak positif kepada Kerajaan Negeri dalam memberi gambaran ketelusan terhadap aset-aset milik Kerajaan Negeri.
Katanya, penubuhan itu juga juga membantu menambah baik tadbir urus kewangan, selain membolehkan penyata itu dibentang bersama penyata kewangan Negeri dan diaudit Jabatan Audit Negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MIHF 2026 SASAR 530 USAHAWAN, NILAI JUALAN RM20 JUTA
PENGKALAN BATU 3 Julai - Melaka kembali menjadi tumpuan industri halal dalam dan luar negara pada 7 hingga 9 Ogos...
DUN SERKAM TERIMA DUA MASJID BAHARU
SERKAM 3 Julai - Komitmen Kerajaan Negeri untuk terus menyuburkan syiar Islam diterjemahkan menerusi pembinaan dua lagi masjid baharu di...
TYT RASMI MASJID JAMEK AL-FAIZIN KAMPUNG BUKIT TEMBAKAU
SERKAM 3Julai - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Jamek...
MELAKA PERKUKUH EKOSISTEM HALAL, LAHIR AUDITOR KOMPETEN
PENGKALAN BATU 3 Julai - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) komited untuk melahirkan lebih ramai pegawai pemeriksaan...
‘RUMAH NENEK PATIMAH SUDAH TAK BOCOR’
SERKAM 3 Julai - Patimah Jantan, 71, tidak berhenti tersenyum kegembiraan selepas melihat kediamannya yang sebelum ini uzur dan berusia...
MELAKA LAKSANA HUKUMAN TEGAS BAGI KES JENAYAH SYARIAH
PENGKALAN BATU 3 Julai - Pesalah jenayah syariah di Negeri Melaka bakal berdepan hukuman lebih tegas menerusi penguatkuasaan semua bentuk...
