
Tanah runtuh: Lapan mangsa masih hilang berasal dari Melaka
MACHAP JAYA 17 Disember – Seramai lapan daripada 94 mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, awal pagi semalam merupakan penduduk Negeri Melaka.
Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem berkata, lapan mangsa itu merupakan penduduk di Kampung Machap Baru dan Kampung Machap Umboo.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya memaklumkan mangsa yang terlibat dalam insiden malang itu merupakan dua keluarga membabitkan empat dewasa dan empat kanak-kanak.
“Saya amat sedih apabila mendapat tahu seramai 12 mangsa masih belum ditemui dan ada antara mangsa merupakan warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya iaitu dari Kampung Machap Baru.
“Sama-samalah kita berdoa supaya mangsa yang belum ditemui masih hidup,” katanya pada satu hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, beliau turut bergegas ke Hospital Sungai Buloh untuk bertemu dan mententeramkan waris mangsa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI PILIHAN NEGARA LUAR
MACHAP JAYA 15 Ogos - Felda Hutan Percha terus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila kawasan berkenaan sekali lagi bakal dipilih...
JALUR GEMILANG: KIBAR MENGIKUT TATACARA YANG BETUL
AYER KEROH 15 Ogos - Masyarakat bukan sahaja digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan malah perlu memastikan pemasangannya dibuat...
PENGALAMAN BUDAYA DI HUTAN PERCHA MEMORI INDAH BUAT PESERTA AARDO
MACHAP JAYA 15 Ogos - Aktiviti mengacau dodol, rewang sekampung, mengenakan busana Melayu dan mengenali adat perkahwinan masyarakat Melayu antara...
DUA PELAJAR MRSM ALOR GAJAH HILANG DITEMUKAN DI PASAR SENI
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Dua pelajar perempuan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sejak...
POLIS KENAL PASTI IDENTITI TIGA SEKELUARGA TERKORBAN AKIBAT KEBAKARAN RUMAH
ROMPIN 15 Ogos - Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT TARIK PERHATIAN ORANG MUDA
PENGKALAN BATU 15 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat diakui menjadi medium yang amat berkesan dalam mendengar permasalahan,...
